syukur alhamdulillah... apa yang dah di rancangkan berbulan lamanya sudah pun berlansung dengan jayanya. pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih pada yang bekerja keras dalam majlis tu iaitu mr shai. semua hadiah yang korang dapat tu adalah tajaan dari shai.
penaja kek:
1) Kek Coklat (siap tulis lagi!) - Yatt + Chik
2) Puding cake - (kak phia)
3) Kek berkuah (Triffle cakes) - Yatt + Chik
4) Bluberry Coklat + Coklat (tak ingat lak) - Junaidix
Penaja Hadiah:
1) Piala Msjbox Idol - Shai
2) Goodies bag - Shai
3) Cabutan Bertuah - Shai
di sini aku senaraikan bebudak yang hadir..
1) Azkam
2) Shai
3) Mack
4) Retna (anakomak)
5) Yatt
6) Aishah (chik)
7) Skruemas + tunang

Spiral
9) Afzan01
10) Asri (sodep aku lar tu)
11) Kurzz
12) Carneyz
13) Junaidix
14) bAi
15) Kiki
16) Sanchai (10 minit jer)
17) Juliana (member azkam, sedap siot sore dia)
18) Iera (betui ke nama ni, datang bersama Chik)
Terima kasih korang sebab sudi datang ke msjbox moments nie.. ok, sekarang aku akan ceritakan serba sedikit tentang apa yang berlaku di majlis tersebut dari kata mata aku yang tak pakai cermin mata ni walau pon rabon.
-----------------------
Aku tiba di sogo pukui 10.30 pagi, aku turun awal sebab aku tak beli hadiah lagi untuk msjbox moments ni. sampai aje aku terus gi ke Toy's department. dalam paler otak aku memang tak pikir menda lain. yang aku pikir ialah aku nak beli teddy bear. sebab aku suka sangat dengan teddy bear, tapi sedih ar.. teddy bear yang aku pegang tu tak lama dalam simpanan aku. cesss...!! sapa suruh beli barang yang kita suka untuk buat hadiah... moerkekekeke
Selesai aku beli hadiah tu, aku pon terus gi ke tingkat 6 untuk menghirup barang secawan teh. benornya aku dah tercekik karipap waktu dalam perjalanan nak ke sogo tu. lapo sangat lak perot ni jadi aku pon beli lar karipap tiga ketol dan makan waktu berjalan ke lrt.
Aku beli teh secawan dan duduk menghadap air terjun sambil menghadap air terjun kat food court tu. dalam 10 menet lepas tu aku terima sms dari mack, dia kata dia dah sampai. aku suruh dia datang ke tingkat 6. tak lama lepas tu aku dah nampak budak tu melenggang mak limah kuar dari lif. panjang ajer kakinya melangkah. aku pon terus menuju ketangga dan selisih ala ala kekwat gitukan, bebuat tak kenal.. ptoih...
lepas salam bejabat tangan kitorang pon terus gi ke toys sebab dia pon nak beli hadiah untuk gathering tu. kalau korang nak tau yang mack nie muka jer nampak brutal ( eh brutal ke?? , jambu ada lar ) tapi suka sangat dengan teddy bear... alah tomei.. tomei .. tomei... katanya.. asalnya aku syorkan dia ambik patong berok tengah pegang pisang, tapi dia tak suka. dia pon terus menggeledah dan akhirnya jumpa jugak sekor beruang kecik yang ada rantai untuk di gantong kat bag. dia terus gi kaunter dan bayar.
kemudian azkam pun muncol dan kitorang pon sesama naik tingkat lapan bersama mack. waktu di sana aku ternampak abang skruemas bersama sorang pompuan. aku terus hulur tangan dan bersalaman dengan dia. rupanya abang skru datang ngan tunangnya. mesra giteeww...
di dalam aku tengah ada shaii ngan 4 orang dara pinggitan.. muhahahaha.. aku pon terus berkenal kenalan, rupanya 4 orang tu adalah Aishah, Retna, Yatt ngan Iera. dan aku pon terus menjalankan tugas aku mengutip uwang.. muahahaha... jadi ceti aku hari tu.
Tak lama lepas tu jun kawan si azkam pon datang dan di ikuti oleh kurzz. budak kurzz nie takda blog tapi dia rajin melawat blog bebudak tu. tunggu punya tunggu masa yang di nanti telah pon tiba. zura yang sedang bertugas di kaunter tu pon menjempot kitorang masuk. aku mintak maaf pada korang semua sebab tak dapat bilik yang paling besar sebab kuantiti kita tak cukup. bilik yang besar tu dah ada orang booking lagi ramai lar.
Setelah masuk dalam bilik, menda pertama yang aku buat adalah oder makanan. makanan yang aku pesan adalah nasik goreng thailand, isi kandungannya ialah nasik goreng dengan kepak ayam gorang berserta sambal telor goreng. sementara makanan sampai aku pon mengambil peluang untuk berkenal kenalan dengan semua orang. aku capai mikropon dan bagi sedikit ucapan kemudian serah kan mikropon tu pada semua orang untuk memperkenalkan diri pada semua yang hadir.
ada di antara diorang memang aku dah kenal sebab diorang semua pernah hadir dalam gathering sebelom ni. ada jugak yang aku belom pernah kenal. tapi aku rajin jugak lar masuk blog diorang walau pon aku memang jarang tinggalkan jejak kat blog diorang tu.
tak lama lepas tu jun pon masuk bersama ngan carneyz. jun bawak dua bijik kek... lepas tu aku mintak jun berikan ucapan alu aluan buat semua yang hadir tu. di sini lar sapa yang tak pernah melihat wajah jun, boleh menatap muka jun buat pertama kalinya. moerkekekeke... kemudian memasing di mintak untuk perkenalkan diri memasing pada jun.
Kemudian adalah acara potong kek an nyanyian ari jadi buat msjbox kita. selepas itu ada majlis tukar tukar hadiah. tahniah buat aishah sebab dapat teddy bear yang aku beli tu. tolong lar jaga bear tu bebaik, aku sayang bear tu. bear yang mack beli tu aku yang dapat.. muahahaha... berbaloi rasanya. bear tu aku gantung kat bag aku. mana aku pegi dia ikot.. gayot gayot aje...moerkekeke... aku rasa semua orang pasti berpuas hati dengan apa yang diorang dapat. paling best.. abang skru tukar tukar hadiah aje dengan tunang dia. moerkekeke
selepas tu di edarkan goodies buat semua. takda yang tak dapat dan pulang dengan tangan kosong. memacam ada dalam bag plastik kl tower tu. korang semua mesti dapat pen gemok tu kan... muahaha..
selepas penat aku berceloteh, kitorang pon terus kepada aktiviti utama kita iaitu makan. selepas tu apa lagi.. semua pon melahap lar.. ada jugak yang tak makan waktu tu.. aku mintak mahap kalau makanan yang ada tu tak sesuai dengan tekak korang. kek tu aku tak dapat nak makan banyak lar... padahal aku memang suka dengan kek yang ada tu, karamel dan kek yang triffles tu aku lansung tak sempat nak jamah sebab takda masa.
aku terpaksa menjalankan tugas aku sebagai mc hammer.. moerkekeke.... aku tak suka majlis tu jadi cam sunyi aje. aku jugak tak suka kalau ada orang tu dok diam aje, sepatah haram sore tak kuar buat muka toya kebusanan. jadi tugas aku adalah untuk menceriakan majlis supaya takda sapa yang rasa terpinggir. tapi entah lar.. aku rasa ada yang tak hepi dalam majlis tu. aku rasa cam kecewa sikit sebab aku rasa aku gagal mengacarakan majlis tu dengan baik.
aku terpaksa lupakan kek tu sebab aku kene teruskan acara kita. lepas makan aktiviti karaoke atau msjbox idol pon bermula. acara nie bebas pada semua yang hadir ke majlis ni. dan bukan secara rasmi dan semuanya adil.. sapa yang tak nyanyi takda lar peluang untuk menang. untuk memula kan acara bai dengan sportingnya menyanyikan lagu sha na na yang aku pilih. lepastu aku buka pada semua.. nampak gayanya diorang semua memalu, jadi aku pon taknak tunggu lagi. aku pilih lagu hazami 'mungkir bahagia' dan nyanyi.
selepas tu jue lak nyanyi.. teruja aku bila mendengar jue nyanyi lagu bertakhta di hati. memang syedap giler suara dia. teruja... teruja...
selepas tu memasing ambik peluang untuk menyanyi, mack, shaii dan lelain.. azkam dengan kurz memula malu malu, lepas tu memasing menunjukkan belangnya. aku bangga .. aku bangga... moerkekeeke...
bila acara semakin sampai kekemuncaknya. maka msjbox idol pon beakhir. semua orang akan di edarkan kertas untuk mengundi siapa yang layak untuk memenangi msjbox idol. trofi cuma di sediakan buat pemenang pertama hingga ke tiga. sementara peserta di adili aku pulak mengedarkan kertas untuk cabutan bertuah. kesian korang yang dapat kertas yang cuma ada tanda [X] ... semua kira adil ek.. takda main kotor.. korang yang cabot sendiri kan kertas tu... muhahahaha...]
selepas tu aku pon menyampaikan hadiah cabutan bertuah tu. beruntung kan korang banyak betui dapat hadiah kan.. jadi tak rugi datang ke msjbox gathering nie... aku dapat kerepek ikan kering.. moerkekekeke... selepas penyampai hadiah cabutan bertuah... di teruskan pulak dengan penyampaian msjbox idol. semua orang dah jangka sapa pemenangnya kan. hadiah di sampaikan oleh jun.
ni adalah pemenang Msjbox Idol:
1) Juliana
2) Sodep
3) Shai
dapat tempat kedua pon aku dah cukup bersyukur... thehehe.... selepas penyampaian hadiah kitorang terus kemas kemas apa barang yang patut bawak balik. kek semua tu bungkus balik, karamel dan belas kaca tu aku akan bawak balik. dan majlis majbox itu berakhir tepat jam tiga. selesai mengemas kitorang pon semua keluar dari bilik tu dan terus ke ruang menunggu kat luar. seisi bergambar pulak. gambar banyak dalam camera mack dan jun. gambar kat bawah ni pon aku cilok dari diorang, satu gambar tu dari camera abang skruemas.
bila selesai bergambar kitorang pon bersurai... maka berakhirlah msjbox moments untuk hari itu.
kat sini aku nak mengambil kesempatan nak mintak mahap kat semua kengkawan yang hadir ke msjbox gathering hari tu. kalau ada kesilapan dan kesalahan dalam tutur kata.. aku memohon ampun dan mahap dari korang. kalau ada salah kelakuan yang buat korang terasa dan kecik hati.. aku mintak maaf.. mungkin aku tak sedar dan sengaja. terima sebab korang sporting dan sudi datang ke msjbox gathering ni. aku bangga... aku bangga... muahahahaha..
Jumpa lagi di lain gathering. sesiapa yang nak menganjurkan.. di alu alu kan... boleh aku menyebok lagi... muahahahaha... salam buat semua..